Cara Buat Blogspot Sendiri

Cara buat blog sendiri. Masih ramai yang email saya tanya cara-cara buat blog sendiri. Bukan semua orang tahu buat blog sendiri.

Jadi, kesempatan yang ada, saya akan beritahu langkah demi langkah cara nak buat blog sendiri. Cara buat blog yang akan saya kongsikan ialah cara buat blog sendiri menerusi blogspot.com.

Ia platform berblogging percuma, dan ia ada banyak kelebihan tersendiri, khusus untuk mereka yang baru nak menceburi dunia blog Malaysia.

Buat blog menerusi platform blogspot adalah percuma, tetapi anda haruslah mempunyai akaun dengan Google. Ini adalah kerana blogspot atau blogger.com adalah sebahagian daripada Google.

Cara terbaik untuk dapatkan akuan percuma blogspot (blogger.com) ialah dengan daftar percuma sebuah akaun Gmail (email). Anda boleh juga daftar guna alamat email lain seperti Yahoo dan sebagainya, tetapi anda akan kehilangan kelebihan yang diberikan untuk seorang pemilik akaun Google.

untuk buat klik disini https://www.blogger.com/ dan masukkan email gmail dan password gmail

Perkara paling penting sewaktu pertama kali anda buat blog sendiri ialah alamat (Address) blog anda. Anda perlu mencari URL atau alamat blog yang mesra pengunjung dan mudah ingat. Sekiranya anda meletakkan url terlalu panjang atau rumit, agak sukarlah orang nak ingat alamat blog anda. Cuba cari alamat blog yang cerminkan diri anda.

Bukan semua alamat anda boleh tulis, kadangkala ada alamat sudah pun dimiliki oleh orang lain, jadi anda perlu cari atau buat alamat blog yang lain

Ok. Apabila sudah mendapat URL atau alamat blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah memilih template. Untuk awal-awal ini, saya syorkan anda memilih template yang mudah. Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau, template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian. Klik Create blog! untuk ke langkah seterusnya.



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes